Wanita UMNO Kedah Janji Sokong Semua Calon BN Pada PRU14


ALOR SETAR - Pergerakan Wanita UMNO Kedah tidak akan membantah terhadap calon-calon daripada UMNO atau Barisan Nasional yang akan disenaraikan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen pada pilihanraya umum akan datang.

Ketuanya, Datuk Sharifah Maznah Syed Kassim berkata, wanita yakin pucuk pimpinan telah membuat penelitian terhadap calon yang boleh diterima oleh majoriti rakyat .

"Kami akan sokong siapa juga yang dipilih dan akan menentukan kemenangan mereka, " kata ketika ditemui oleh Kedahnews pada majlis sarapan pagi anjuran UMNO cawangan Taman Saga, Alor Mengkudu di sini. 

Baru-baru ini Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyatakan senarai calon BN telah siap dan tunggu masa sahaja untuk diserahkan kepada pengerusi BN/UMNO negeri.

Sementara itu, beliau juga menjelaskan tiap kawasan terdapat pertambahan bilangan pengundi  wanita yang ketara terutama di kalangan penyokong UMNO, pengundi baharu dan mereka yang sebelum ini berada di 'atas pagar'.

" Kami dapati pengundi wanita lebih ramai daripada pengundi lelaki di tiap kawasan dan kesetiaan mereka terhadap kerajaan tidak berubah walaupun ada parti baharu muncul,"  kata Sharifah Maznah.

Mengenai kemungkinan bekas Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir bertanding di Bakar Bata yang diwakili oleh Menteri Besar, Datuk Seri Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, beliau yang juga Ketua Wanita UMNO bahagian Alor Setar menjelaskan ia mungkin bersifat spekulasi dan jika benar ia mungkin atas sifat hendak 'balas dendam'.

Namun ujarnya, Wanita UMNO Alor Setar percaya rakyat kini lebih bijak menilai antara kebaikan yang dibawa parti pemerintah dan pembangkang.

 "Wanita mahu BN Kedah memenangi dua pertiga pada PRU ini  dan yakin ia boleh dicapai dengan kerjasama semua sayap parti dan sokongan rakyat terhadap kerajaan dan kepimpinannya, katanya lagi- Kedahnews.com.    





No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com