Tular Menteri Pendidikan Berjalan Atas Meja, Ini Penjelasannya


ALOR SETAR - Gambar tular Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berjalan di atas meja di sebuah sekolah yang dilanda banjir di Pulau Pinang mendapat pelbagai riaksi netizen.

Seperti yang dijangka, ada anasir jahat yang sanggup memanipulasikan gambar tersebut dan memfitnah pemimpin itu di media sosial.

Bagi menjelaskan perkara tersebut, Setiausaha akhbarnya, Datuk Mohd. Razman Yaacob, mendedahkan bahawa meja berkenaan sememangnya sudah  disusun di pekarangan sekolah itu.

Berlainan dengan apa yang disebarkan, meja berkenaan bukanlah disusun khas kepada Mahadzir, tetapi ia sebenarnya adalah kegunaan dan telah digunakan guru dan pelajar ketika mereka dipindahkan dari pengangkutan ke dewan peperiksaan.

"Tidak timbul isu seperti ditularkan iaitu menteri sayang kasut, takut air kerana meja itu bukan disediakan khas untuk beliau ketika lawatan itu. Lawatan tersebut juga tiada dalam jadual beliau kerana kebetulan berada di Pulau Pinang, beliau menyatakan hasrat untuk melawat calon yang menduduki peperiksaan SPM di sekolah itu.

"Meja tersebut sudah disusun apabila berlaku banjir sehingga paras paha di sekolah itu untuk pelajar dan guru berjalan ketika dipindahkan oleh kenderaan ke dewan masing-masing," katanya.

Amat menyedihkan apabila Menteri Pendidikan yang pada asalnya berniat untuk melawat pelajar mangsa banjir kerana secara kebetulan berada di Pulau Pinang tetapi sebaliknya telah difitnah oleh orang tidak bertanggungjawab.

Pastinya tindakan individu itu hanyalah untuk memburuk-burukkan imej beliau.

Mohd. Razman, turut melahirkan rasa kesal dengan fitnah berkenaan termasuk tindakan netizen yang menularkan perkara itu tanpa asal usul.

"Fitnah daripada pihak tertentu ini adalah tidak wajar. Kita kena fikir dahulu sebelum fitnah tanpa maklumat sahih jangan sebarkan," katanya. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com