Tuan Ibrahim Terkejut, PAS Kedah Tak Kisah Pun Amiruddin Sertai PPBM


Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyatakan terkejut sementara PAS Kedah tidak kisah pun keputusan ADUN PAS Anak Bukit, Datuk Amiruddin Hamzah untuk 'melompat' kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) semalam.

Tuan Ibrahim berkata beliau terkejut dengan keputusan Amiruddin, namun tetap menghormati keputusan bekas Ketua Pembangkang DUN Kedah itu.

Bagaimanapun Tuan Ibrahim mengingatkan Amiruddin tentang  baiah yang beliau lafazkan sebelum dicalonkan bertanding mewakili PAS sebelum ini.

Tiap ADUN dan Ahli Parlimen PAS dikatakan  terikat baiah, iaitu angkat sumpah untuk tidak meninggalkan parti dan jika berbuat demikian jatuh talak dengan isteri masing-masing. Bagaimanapun baiah seperti itu (jatuh talak) dikatakan hanya tertakluk di negeri Kelantan sahaja.

Amiruddin dalam sidang media bersama Timbalan Presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan pimpinan PPBM Kedah mengumumkan penyertaannya ke parti itu secara rasmi petang semalam.

Sementara itu  Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah Muhammad Sanusi Md Nor menganggap tindakan Amiruddin itu keluar parti bukan itu bukanlah suatu yang mengejutkan.

"Dia tidak menjadi berita lagi kepada PAS. Dia dah lama tidak bersama PAS, malah terang-terang menganjurkan aktiviti bersama Pakatan Harapan

"Kita doa (agar) dia dapat lepasi baiah yang dilafaznya dalam pilihan raya sebelum ini di akhirat kelak," katanya yang dipetik Malaysiakini.

Segelintir pihak dalam PAS sememangnya melihat Amiruddin sebagai golongan dalam parti yang cenderung kepada Pakatan Harapan  malah menghadiri konvensyen tahunan Parti Amanah Negara (PAN) di Kedah baru-baru ini.

Aminuddin menjadi wakil rakyat selepas menang kerusi DUN Anak Bukit pada pilihanraya kecil kawasan itu selepas Presiden PAS Allahyarham Datuk Fadzil Noor meninggal dunia pada 2002.

Sementara itu beberapa pengguna Facebook menyifakat tindakan Amiruddin sertai PPBM seperti satu sindiran atau tamparan kepada Parti Amanah Negara (PAN).

Bagaimanapun Pengerusi PAN Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh dalam komennya di FB menyifatkan penyertaan Amiruddin ke PPBM merupakan satu lonjakan baru bukan sahaja kepada parti itu tetapi juga akan memperkukuhkan lagi kerjasama Pakatan Harapan dalam usaha memenangi PRU14.
.
"Amanah (PAN) Kedah menghormati pilihan yang telah dibuat oleh beliau. Selamat berjuang dan selamat maju jaya bersama PPBM," kata Dr. Ismail. 

Namun ramai juga yang menggalu-alukan bekas pemimpin PAS Kedah itu menyertai PPBM, parti  pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang sedang menghadapi masalah kemungkinan tidak dibenarkan bertanding pada PRU14 kerana mash gagal mengadakan mesyuarat agung tahunan akibat struktur keahlian  akar umbi yang lemah.

Beberapa pengguna media sosial di  negeri juga meramalkan Amiruddin akan diletakkkan bertanding untuk pertahankan kerusi Anak Bukit atau Parlimen Kuala Kedah jika PH dan PPBM berjaya didaftarkan sebelum PRU14. -  Kedahnews.com 

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com