Tindakan Amiruddin Sertai PPBM, Tidak Beri Kesan Kepada UMNO


Tindakan  bekas Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Kedah, Datuk Amiruddin Hamzah (PAS- Anak Bukit) menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang sedang menghadapi masalah tidak akan memberi kesan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN). 

Hakikatnya parti dalam gabungan Pakatan Harapan itu tiada fokus atau 'tawaran istimewa' untuk rakyat Kedah kecuali mahu menghapus Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan 'memenjarakan 'individu tertentu

Ketua Pergerakan UMNO Negeri, Datuk Shaiful Hazizy Zainal  Abidin berkata, pihaknya sudah menjangka 'pernderhakaan' oleh beberapa pemimpin PAS Kedah.

Namun yang mengejutkan apabila Amiruddina memilih PPBM yang bakal dibubarkan oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS)  daripada menyertai Parti Amanah Negara (PAN), kata Shaiful Hazizy dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

ROS baru-baru ini memberi amaran kemungkinan PPBM tersingkir daripada PRU14 kerana gagal mengadakan mesyuarat agung di peringkat cawangan, bahagian dan pusat selain melanggar perlembagaan parti itu.

Permasalahan PPBM  itu juga menyebabkan pendaftaran Pakatan Harapan untuk menjadi sebagai satu parti gabungan bagi menghadapi PRU akan datang juga terbantut.

Sementara itu, Pemuda UMNO Kedah mencadangkan Ahli Parlimen PAS, Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berhenti mengelirukan rakyat dan bertindak berani untuk keluar daripada PAS bagi menyertai PAN atau PPBM. 

Dalam perkembangan yang sama, Pemuda UMNO menjangka kedudukan PAS juga tidak tergugat dengan penghijrahan pemimpinnya berbanding masalah yang dihadapi oleh PPBM dan PAN yang kebanyakannya dihuni oleh 'imigran' parti politik lain, kata Shaiful Hazizy lagi. - Kedahnews.com.


    

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com