Tiada Kerosakan Akibat Gempa Bumi Di Jepun


SENDAI - Gempa bumi bermagnitud 5.8 yang melanda pantai timur Jepun, semalam dilaporkan tidak menyebabkan kerosakan.

Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) melaporkan, gempa bumi yang pada asalnya berukuran 6.1 magnitud, melanda kawasan terletak 351 kilometer di timur Sendai, Honshu pada kedalaman 9.5 kilometer.

Sementara itu, Agensi Meteorologi Jepun pula melaporkan gempa bumi dengan kekuatan 5.7 magnitud pada kedalaman 10 kilometer. - Reuters

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com