Tegur Etika Wartawan, Metro ‘Perli’ Neelofa-Fazura?


TANPA wartawan hidup kita bagaikan “katak dalam tempurung” dan tanpa mereka juga sudah pasti suatu kejadian itu tidak dapat diketahui oleh masyarakat.

Mana taknya, hanya dengan duduk sahaja kita dah dapat tahu peristiwa yang sedang berlaku di setiap pelusuk dan belahan dunia.

Sebelum ini kita dihebohkan dengan berita mengenai pelakon terkenal, Neelofa dilaporkan telah menegur seorang wartawan sebuah akhbar terkemuka, Harian Metro.

Ia melibatkan tindakan wartawan berkenaan yang dianggap tidak beretika kerana mengeluarkan satu artikel bertajuk, ‘Neelofa Malas Mau Layan’ berhubung isu pernikahan pasangan Fattah dan Fazura.

Susulan insiden itu, akhbar berkenaan dilihat ‘menegur’ kembali serta meluahkan rasa kecewa terhadap perangai pelakon cantik berkenaan.

Berikut adalah perkongsian akhbar berkenaan :


Bukan hanya Neelofa malah pelakon jelita, Nur Fazura dikhabarkan turut terkena tempias teguran tersebut.

Ia berhubung luahan rasa kesal yang dilontarkan oleh Fazura terhadap tindakan pihak media yang merakam dan menyiarkan rumah neneknya kepada umum.


Hmmm…Tak tahu nak komen apa. Tapi, bukankah wartawan dan artis itu saling bergantung antara satu sama lain?

Tanpa wartawan, siapalah artis dan tanpa artis sudah pasti sunyi dunia hiburan. Tak gitu? Jadi, rasanya kerjasama yang baik di antara kedua-dua belah pihak amat diperlukan.- Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com