Tahniah! Fattah, Fazura Sudah Sah Nikah


DENGAN sekali lafaz, pasangan sensasi Fattah Amin dan Nur Fazura telah selamat diijabkabulkan malam tadi pada jam 9.50 malam di sebuah hotel terkemuka di ibu kota.

Berita pernikahan tersebut telah disahkan sendiri dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Universal Music.

Majlis tersebut hanya dihadiri keluarga terdekat dan teman rapat mereka.

Dalam laporan BH Online, Fazura juga dikatakan kelihatan anggun mengenakan baju kurung moden sentuhan Rizman Ruzaini, serta solekan oleh Sheila Mohamed, manakala Fattah pula segak berbaju Melayu.

Sebelum ini, khabar angin tentang majlis perkahwinan mereka bertiup kencang ketika mereka sedang mengerjakan umrah pada 15 hingga 23 November lalu, namun segala spekulasi terhenti apabila Fattah dan Fazura mengumumkan mereka hanya bertunang dalam satu majlis tertutup pada 13 November lalu. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com