SPRM Mahu Buru Si Mabuk Harta


KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) nekad buru perasuah yang ghairah menyeleweng duit kerajaan.

Janji itu dibuat Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad sebagai langkah memastikan hak rakyat disampaikan dengan sempurna.

"SPRM adalah badan yang ditubuhkan untuk bertindak bagi pihak rakyat.

"Ini janji SPRM kepada rakyat,sekiranya hak dan kepentingan rakyat dicabul oleh mereka yang mabuk harta, kami akan ambil tindakan," katanya

Beliau berkata demikian ketika hadir Dialog Eksklusif bersama Tan Sri Ketua Pengarah SPRM bersama Kepimpinan MCW dan Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia Malaysia (MBM), di Hotel Sunway Putrs, di sini, semalam.

Jelas beliau lagi, apa yang dilakukan SPRM hanya untuk memastikan nasib rakyat terbela dan bantuan kerajaan sampai kepada masyarakat.

"SPRM adalah milik rakyat Malaysia, jadi kami akan pastikan nasib rakyat negara ini terbela," katanya lagi.

Bagaimanapun, katanya lagi, sekuat mana pun perjuangan SPRM masa kini,ia hanya bersifat sementara.

Sebaliknya, ujar beliau lagi, golongan muda bertanggungjawab memastikan peperangan menentang rasuah diteruskan pada masa depan.

"Sebab itu, saya sanggup turun padang untuk bersama-sama dengan golongan belia pada hari ini.

"Tujuannya tidak lain tidak bukan adalah bagi memastikan generasi belia yang akan memerintah negara pada masa akan datang benci dengan rasuah," katanya lagi.

Sumber: Sinar Harian

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com