Sidang DUN Kedah: Pembangkang Ditempelak Dakwa Bajet 2018 Masih Tidak Cukup



ALOR SETAR - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang hari ini ditempelak kerana menyifatkan Bajet 2018 sebagai 'gula-gula'  PRU14 tetapi  dalam masa yang sama mereka juga mendakwa peruntukan yang disediakan masih tidak mencukupi.

Sindiran dan perlecehan anggota pembangkang mengenai Bajet 2018 negeri Kedah itu bagaimanapun dipatahkan semasa sesi perbahasan oleh Datuk Ali Yahya (BN-Pantai Merdeka), Datuk Ahmad Lebai Sudin (BN - Bukit Lada), Datuk Ahmad Zaini Japar (BN-Bukit Kayu Hitam), Nor Saidi Nanyan     (BN Kuah) dan Mahadhir Abdul Hamid (BN-Jeneri).
.
"Inilah bajet yang terbaik dalam tempoh lima tahun, " kata Ali ketika menyokong Bajet 2018 yang dibentangkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah pada Sidang Dewan Undangan Negeri  Ahad lalu.

Menurut Ali, beliau hairan bagaimana pihak pembangkang tidak begitu ghairah untuk menilai wang ringgit yang diperuntukkan dalam Bajet 2018.

 "Mereka (pembangkang) hanya tahu menyatakan kenaikan RM100 tidak cukup, bayaran khas kepada kakitangan awam negeri ini sebanyak RM2,000 juga tidak cukup, " kata Ali lagi.

Menurut beliau nilai wang ringgit dalam bajet ini amat tinggi bagi rakyat.Ia bukan sahaja untuk melaksanakan projek pembangunan rakyat tetapi juga memberi manfaat secara langsung kepada semua pihak termasuk di peringkat bawahan.

Sepatutnya pihak pembangkang turut menyokong Bajet 2018 dan mengambil peranan serta memahami tentang cara kerajaan menguruskan  perbelanjaan kerana mereka (pembangkang)  juga pernah menjadi kerajaan, katanya.

"Sedang rakyat tertunggu dengan Bajet 2018, anggota pembangkang pula yang memperlecehnya sebagai 'gula-gula' dan 'dedak' PRU14, " kata Ali.

Beliau juga menjelaskan kerajaan memerlukan satu  kebijaksanaan untuk  menguruskan kewangan  kerana manfaatnya adalah untuk semua rakyat.

Kata Ali lagi, Bajet 2018 adalah satu penawaran terbaik kepada rakyat Kedah untuk mempertahankan kerajaan Barisan Nasional kerana secara kebetulan PRU bakan dilaksanakan tidak lama lagi..

"Jadi..  bukan senang untuk mengalah BN dan bukan mudah untuk pembangkang untuk menang PRU14," kata Ali.

Sementara itu Ahmad Zaini (BN - Bukit Kayu Hitam) menjelaskan,  biarlah pembangkang menyifatkan Bajet 2018 sebagai bajet PRU atau gula-gula, yang penting rakyat mendapat manfaatnya.

Beliau merujuk langkah kerajaan Pusat memansuhkan tol Bukit Kayu Hitam dan pelaksanaan zon bebas cukai di sempadan yang diumumkan pada Bajet 2018.-- Kedahnews.com



No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com