Rusia Cipta Dron Mampu Angkat Barang 181Kg


MOSCOW, Rusia – Sebuah syarikat di sini berjaya mencipta dron yang mampu mengangkat muatan seberat 181 kilogram dan meneruskan penerbangan selama lapan jam tanpa henti.

Produk ciptaan firma teknologi tempatan ARDN itu dinamakan sebagai SKYF di mana ia mampu terbang selaju 70 kilometer sejam pada ketinggian 3,000 meter di ruang udara.

Dron itu menggunakan enjin petrol sebagai tenaga penggerak dua bilah utama manakala empat bilah kecil lain digerakkan menerusi bantuan unit motor elektrik.

SKYF berukuran 5.2 meter (m) lebar dan 2.2m panjang dicipta sebagai medium pengangkutan bagi kegunaan industri logistik dan perniagaan tani.

Selain itu, ia juga boleh digunakan untuk menghantar barangan ke kawasan yang sukar dicapai, mengangkut kargo ke kapal-kapal di laut dan kegunaan dalam pengurusan bencana seperti memadamkan kebakaran atau menghantar makanan serta ubat-ubatan. – Agensi

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com