Polis Pening, Suspek Jawab Soalan Dengan Kentut


MACAM ni pun ada. Pasukan polis di Amerika Syarikat terpaksa menghentikan siasatan terhadap suspek dadah dan senjata api selepas dia menjawab soalan yang ditanya dengan kentut.

Suspek. Sean Sykes Jr ditahan ketika cuba menjual kokain dan senjata di Kansas City, Missouri.

Dalam laporan di mahkamah, seorang pegawai penyiasat memberitahu, Sean yang duduk di kerusi akan kentut dengan kuat sebelum menjawab soalan.

“Sean berterusan kentut hinggakan saya terpaksa menamatkan soal siasat berkenaan,’’ katanya.

Sean menafikan tuduhan berkenaan dan tiada pendakwaan dikenakan ke atasnya pada September lalu.

Bagaimanapun dia ditahan semula bulan ini selepas didapati memiliki senjata api yang dicuri.

Senjata .357 magnum itu dilaporkan hilang oleh pemiliknya beberapa hari lalu. Sean kini ditahan di lokap. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com