Petunjuk Perasaan ‘Rantai Leher’ Sendiri Di Pagar


SYDNEY  - Polis Australia hari ini menggunakan pemotong besi bagi mengusir lima petunjuk perasaan yang merantai leher mereka sendiri di hadapan kediaman rasmi Perdana Menteri, Malcom Turnbull susulan layanan peminta suaka politik yang ditahan di Papua New Guinea.

Kesemua petunjuk perasaan itu dibawa menaiki kenderaan polis dan tiada kecederaan dilaporkan.

Polis Papua New Guinea minggu lalu mengusir kira-kira 400 pencari suaka politik dari kem tahanan dikendalikan oleh Australia di Pulau Manus.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengecam tindakan berkenaan sebagai mengejutkan. 

Sumber: Reuters

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com