Penduduk Padang Besar Lega Hospital Baharu Akan Dibina


ALOR SETAR - Penduduk di tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) di daerah Padang Terap menzahirkan rasa lega setelah kerajaan pusat mengumumkan Pembinaan Hospital di Daerah Padang Besar itu. 

Mereka sebelum ini terpaksa berulang lebih 40 kilometer sehala sekiranya mahu mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di Kangar.

Anggota Dewan Undangan Negeri Titi Tinggi, Khaw Hock Kong berkata penduduk di kawasannya serta DUN Chuping dan DUN Mata Ayer menyuarakan rasa teruja dan bersyukur dengan pengumuman kerajaan yang meluluskan pembinaan hospital bernilai lebih RM300 juta itu.

Pembinaan dijangka bermula selewat-lewatnya akhir tahun depan.

"Selama ini mereka terpaksa berbelanja lebih untuk tambang ke HTF, ada yang tidak berkemampuan dan perkara itu sangat menyusahkan rakyat," katanya Jumaat lalu.

Menurut Khaw, penduduk sudah menunggu lama pengumuman itu dan kini mereka dapat menarik nafas lega dan berterima kasih di atas keprihatinan kerajaan itu. 

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam pada Selasa dilaporkan berkata peruntukan untuk projek hospital itu sudah disediakan, manakala tender telah dikeluarkan dan pemilihan kontraktor dijangka selesai awal tahun depan.- Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com