Pendatang Asing China Datang Kerja Malaysia Tapi Tunjuk Samseng


Kuala Lumpur - Kencing, mabuk dan membuat bising. Itu antara tabiat buruk sebahagian pendatang asing warga China yang mengganggu ketenteraman penduduk tempatan di beberapa kawasan di ibu kota sejak kebelakangan ini.

Malah, warga China yang dipercayai bekerja di beberapa tapak projek pembinaan di bandar raya ini turut membawa budaya masing-masing dengan bermain judi, berpeleseran di kaki lima hingga mengganggu orang ramai dan merosakkan harta benda awam.

Tindakan itu sekali gus mengundang rasa takut kepada penduduk tempatan untuk menegur perbuatan warga China berkenaan dan hanya mampu melihat kerana dibimbangi akan dipukul mereka yang sering bergerak secara berkumpulan.

Tinjauan wartawan Harian Metro di Jalan Abraham, Khoo Teik Ee, Imbi dan sekitar Dang Wangi mendapati kawasan berkenaan dipenuhi warga asing yang bekerja di tapak pembinaan.

Jika dilihat pada waktu siang, kawasan berkenaan kelihatan tenang dan tiada sebarang masalah, namun pada sebelah malam, lokasi itu meriah dengan pelbagai ‘aktiviti’ dilakukan warga asing terbabit hingga mengganggu ketenteraman awam.

Pemilik kedai runcit di Jalan Khoo Teik Ee yang dikenali sebagai Ibrahim berkata, kawasan berkenaan sememangnya meriah dengan kehadiran warga asing sejak tiga tahun lalu apabila terdapat projek pembinaan berhampiran jalan terbabit.

“Kebanyakan warga asing dari China, Vietnam dan Bangladesh menyewa di flat serta rumah kedai berhampiran kawasan ini dan mereka secara berkumpulan kebiasaannya akan mabuk pada waktu malam,” katanya.

Sumber: Metro

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com