Pemimpin Armada, Penyokong PPBM Kedah Pun Dapat Tiket Saksi Final Piala Malaysia...


ALOR SETAR - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO Kedah menafikan tiket bolasepak untuk pertandingan akhir Piala Malaysia diagihkan kepada penyokong parti itu, sebaliknya penyokong Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPMB) juga mendapat tiket tersebut secara berkelompok.

Datuk Ahmad Lebai Sudin (BN- Bukit Lada) mendakwa pemimpin Armada PPBM  di Pokok Sena bersama penyokong parti itu yang menyewa sebuah bas turut mendapat  tiket perlawanan akhir.

" Jadi tidak benarlah dakwaan itu kononnya UMNO mengagihkan tiket kepada penyokongnya, " katanya semasa mencelah pada sesi penggulungan di sidang Dewan Undangan Negeri hari ini. 

Sementara itu Datuk Ali Yahya (BN - Pantai Merdeka) berkata, beliau sendiri terpaksa beratur di Stadium Shah Alam sehingga lewat malam untuk mendapatkan tiket bagi menyaksikan perlawanan akhir antara Kedah menentang JDT.

" Saya juga pemimpin UMNO, tapi tak dapat beli atau diperuntukkan tiket..." kata Ali yang terpaksa membatalkan tempahan bas yang dijadual membawa penyokong Kedah ke Shah Alam.

Isu tiket bolasepak itu sengaja dicetuskan untuk mempopularkan diri seseorang, kata Ali yang membidas dakwaan Datuk Seri Mukhriz Mahathir (PPBM - Ayer Hitam) dan Mohd Nasir Mustafa (PAS- Kubang Rotan) yang mempersoalkan cara penjualan tiket bolasepak final Piala Malaysia itu.

Tuduhan UMNO 'membolot' tiket bolasepak itu menimbulkan 'kemarahan' beberapa ADUN BN hingga Speaker DUN, Datuk Rozai Shafian terpaksa menteramkan keadaan.

Sementara itu Mukhriz mendakwa banyak tiket perlawanan akhir itu dijual semula secara haram antara RM60 hingga RM100 untuk mengaut keuntungan. 

Sementara itu Nor Saidi Nanyan (BN-Kuah) kekecohan yang berlaku semasa penjualan tiket perlawanan akhir itu menunjukkan sambutan hangat penyokong terhadap pasukan bolasepak Kedah yang sering kali mara final Piala Malaysia.

Beliau bagaimanapun berharap KFA memberikan informasi awal mengenai bilangan tiket yang hendak dijual agar penyokongnya tidak kecewa.

Sementara itu speaker DUN menolak pertanyaan Mukhriz untuk membincangkan isu dakwaan rasuah yang dikatakan membabitkan pemain Kedah kerana perkara itu sedang disiasat oleh pihak polis. 

Mengenai pemilihan bekas pemain Kedah, Radhi Mat untuk mengarak Piala Malaysia,  Aminuddin Omar berkata, pihak yang membuat cadangan itu perlu merujuk dan berbincang dengan KFA terlebih dahulu.

" Radhi memberitau dia tidak ada masalah pun dengan saya " kata Aminuddin menjawab isu itu yang dibangkitkan ADUN Kubang Rotan. - Kedahnews.com 

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com