Pekerja Kilang Dari Sungai Petani Maut Motorsikal Rempuh Lori Ikan


ALOR SETAR - Seorang pekerja kilang maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh lori ikan yang berhenti di lorong kecemasan di Kilometer 126.6 Lebuhraya Utara-Selatan, dekat Kepala Batas, pagi semalam.

Waktu kejadian 5.50 itu, mangsa Abdul Rahman Mahmud, 59, menunggang motosikal Honda dari rumahnya di Sungai Petani untuk ke tempat kerja di Bayan Lepas.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, ketika tiba di lokasi kejadian, mangsa didakwa tidak sempat mengelak lori yang parkir di lorong kecemasan.

"Pemandu lori berkenaan berusia 34 tahun memberhentikan kenderaannya di lorong kecemasan kerana mengantuk dalam perjalanan pulang ke Sungai Acheh, Nibong Tebal selepas menghantar ikan ke Alor Setar.

"Akibat kemalangan itu, mangsa parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya yang dipetik MyMetro.

Tambah Noorzainy, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com