PAS Kedah Ingatkan Amiruddin Tentang Beberapa Kali Bai'ah


ALOR SETAR - PAS Kedah akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Anak Bukit berikutan tindakan Adunnya, Datuk Ir Amuruddin Hamzah meninggalkan parti dengan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Tindakan Amiruddin sertai itu tidak memberikan apa-apa  kesan kepada PAS Kedah pada pilihan raya umum akan datang..

Pesuruhjaya PAS negeri, Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi berkata. keputusan yang dibuat oleh Amiruddin memang sudah dijangka apabila sebelum ini Adun berkenaan menunjukkan sikap tidak selaras dengan keputusan parti.

"Pengisytiharan Adun Anak Bukit, Dato' Ir Amiruddin Hamzah menyertai Parti Bersatu (PPBM) lewat petang semalam adalah suatu telahan yang telah dijangka oleh PAS Kedah," katanya dalam satu kenyataan di Harakahdaily hari ini.

Selain itu katanya, Amiruddin juga gagal hadir ke program anjuran PAS terutama Muktamar Tahunan PAS Pusat di Alor Setar Mei lepas.

"PAS akan terus komited mempertahankan kemenangan di Dun Anak Bukit," ujar Ahmad Fakhruddin.

Sehubungan itu katanya, ahli-ahli PAS secara umumnya telah menyerahkan sepenuh kepercayaan dan keyakinan mengenai strategi menghadapi BN kepada kepimpinan PAS di semua peringkat.

Walau bagaimanapun, Dr Ahmad Fakhruddin mengingatkan Adun Anak Bukit itu berkenaan bai'ah yang dilafazkan atas nama Allah ketika mengisi borang pencalonan mewakili PAS dahulu.

Malah tegasnya, bukan sekali Amiruddin berbai'ah, tetapi beberapa kali sejak beliau dipilih menjadi calon PAS sama ada PRU mahupun PRK.


Amiruddin sebelum ini merupakan Ketua Pembangkang DUN Kedah dan memenangi kerusi DUN Anak Bukit sejak pada 2002 pada satu pilihan raya kecil berikutan kematian penyandangnya, Allahyarham Datuk Fadzil Noor yang juga Presiden PAS.  - Kedahnews.com.

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com