Orang Ramai Tinggalkan Ceramah Semasa Mukhriz Berucap Di Pendang?


PENDANG - Pengerusi Pakatan Harapan Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dilapor telah "diaibkan' semasa berceramah di Kampung Baru, Pedang, malam kelmarin.

Orang ramai mula beredar apabila beliau sedang berucap hingga tinggal sekitar lebih 100 orang sahaja berbanding kira-kira hampir 1,000 orang yang hadir di awal program itu.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dikatakan untuk bersama pada majlis itu juga difahamkan tidak muncul.

Kehadiran 1,000 orang pada awalnya juga dikatakan "diimport" daripada luar.

Memulakan ceramah pada malam itu ialah Ahli Parlimen Pokok Sena, Dato' Mahfuz Omar diikuti ketua PPBM Bahagian Pendang, Abdul Razak Khamis, yang sebelum ini bercakap besar mahu menawan semua kerusi Dun dan Parlimen di daerah itu.

Bagaimanapun semasa Mukhriz yang juga Timbalan Presiden PPBM mula berucap, orang ramai dilaporkan beransur sedikit demi sedikit meninggal ceramah tersebut.

Isu semasa termasuk pembinaan hospital Pendang yang kononnya lewat difahamkan tidak menarik perhatian orang ramai yang datang kerana tender untuk membina hospital itu telah pun dikeluarkan oleh kerajaan pada awal bulan ini dan dijangka siap sepenuhnya dua tahun lagi.

Masalah yang dihadapi oleh PPBM kerana belum dapat melaksanakan mesyuarat agung dan kemungkinan parti itu tidak dapat menyertai PRU juga dikatakan sambutan ceramah PPBM itu menjadi dingin

Beberapa pemilik akuan Facebook yang turut memberi komen mengenai ceramah itu menyifatkan penduduk Pendang menolak PPBM seperti mana juga mereka menolak bekas pemimpin PAS, Mohamad Sabu yang kalah merebut Parlimen Pendang pada PRU13.

Ada pemilik akaun Facebook pula mendakwa secara nakal bahawa ceramah itu sengaja "disabotaj" oleh oleh PPBM Bahagian itu sendiri selain isyarat awal bahawa PPBM tidak lagi diterima oleh orang Pendang.

"Terima kasih rakyat Pendang kerana berjaya memalukan PPBM di bumi Pendang semalam," kata penulis itu yang turut memuat naik foto 'kerusi kosong' pada ceramah itu dalam akaun Facebooknya. - Kedahnews.com 

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com