''Orang China Dilarang Masuk'', Pengeluar Kosmetik Jepun Minta Maaf Pada China


TOKYO - Sebuah syarikat pengeluar kosmetik gergasi Jepun memohon maaf selepas salah sebuah rangkaian kedainya meletakkan tanda peringatan yang menghalang kehadiran pelanggan China.

Permohonan maaf dari Pola dibuat selepas pengguna media sosial China berkongsi gambar tulisan berwarna merah berbunyi "Orang China dilarang masuk,"

Walau mesej itu ditulis tangan dalam bahasa Jepun, ia mudah difahami oleh pembaca China namun tidak dapat dipastikan di mana insiden itu berlaku.

"Kami memohon maaf dan menyesal di atas kehadiran poster yang tidak sesuai sehingga menimbulkan perasaan yang kurang menyenangkan dan gangguan kepada ramai orang," kata Pola dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam dalam bahasa Jepun dan Cina.

Syarikat itu berkata, ia sudah mengenal pasti cawangan yang bertanggungjawab dan sudah menurunkan tanda peringatan itu.

Lokasi sebenar kedai itu juga tidak dinyatakan. - AFP

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com