Nik Amar Puji Amiruddin, Sindir Pedas Mahfuz


NAIB Presiden PAS, Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah sifatkan Ahli Dewan Undangan Anak Bukit sebagai 'anak jantan' atau 'gentleman" kerana mengambil keputusan meninggalkan PAS dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Itu lebih baik daripada mereka yang duduk dalam PAS tetapi menyerang PAS, katanya merujuk kepada Ahli Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang belum enggan meninggalkan PAS.

"Pengumuman beliau menyertai PPBM itu menunjukkan beliau seorang ahli politik yang gentleman, berbanding (Anggota Parlimen) Pokok Sena (Datuk Mahfuz Omar), " kata Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan.

Menurutnya, penyertaan Amiruddin ke dalam PPBM adalah lebih baik untuk PAS. Amiruddin sebelum ini disebut-sebut akan menyertai Parti Amanah Negara (PAN).

Menurut Mohd Amar lagi,  sama ada mereka menyertai PAN, DAP atau PPBM ianya tiada beza kerana parti itu tidak ada kerjasama dengan PAS.

Sementara itu Ahli Jawatankuasa PAS, Dr. Azman Ibrahim yang turut mengulas mengenai tindakan Amiruddin melompat parti berkata pemimpin serta ahli PAS boleh datang dan pergi.

"Kita sayangkan sahabat kita yang pernah bersusah payah bersama. Bila tiba di simpang, akhirnya sahabat memilih arah perjalanan yang berbeza," kata Dr. Azman dalam catatan pada FB beliau.

Bagaimanapun beliau mengingatkan mereka yang telah dan akan pergi (sertai parti lain) tidak lupa tentang lafaz bai'ah dengan nama Allah untuk tidak khianati kepada perjuangan ini.

"Bai'ah tempoh sahnya sampai akhir hayat. Tidak ada tarikh expired (tamat tempoh), '' kata Dr Azman - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com