Netizen 'Bahan' Trump Perasan, Berangan


WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS) menjadikan dirinya bahan ketawa selepas dianggap 'perasan' dengan menolak permohonan majalah Time untuk diangkat sebagai 'Person of The Year' majalah itu.

Donald Trump menulis di Twitter pada Jumaat memberitahu dia telah dihubungi oleh Time dan mungkin akan dinamakan sebagai 'Person of The Year', tetapi menolak pelawaan itu yang disifatkannya 'tidak bagus'.

Dia turut memberitahu bahawa dia perlu bersetuju dengan satu temuramah dan menghadiri sesi penggambaran.

"Saya kata mungkin ia tak bagus dan menolak. Terima kasih sahajalah!," kata Trump di Twitter.

Majalah Time kemudian memberi maklum balasnya, juga di Twitter.

"Presiden silap tentang cara kami memilih 'Person of the Year'. Time tidak akan memberikan komen mengenai pilihan kami sehinggalah diterbitkan, iaitu pada 6 Disember nanti," kata Time di akaun @TIME.

Susulan itu, ramai netizen mentertawakan dan mencemuh Trump.

Ada yang mendakwa pemimpin Amerika Syarikat itu 'perasan', memalukan, penipu dan berangan.

"Omg Donald Trump anda mesti sangat malu sekarang," kata @LeslieSimone_.

"Donny (Donald) menipu lagi?" kata @Milt1959.

"Presiden sedang berangan," tulis @TrunVinyl.

"Tentulah apa yang dikatakan Trump tidak benar. Dia (suka) menipu," kata @SusanRobinso.

Tweet oleh Time mendapat lebih 130,000 'Like' dan hampir 60,000 'retweet'. 

Sumber: SinarHarian

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com