Maut Dalam Keadaan Mengerikan


GUA MUSANG – Dua pekerja warga asing ditemui mati dalam kea­daan mengerikan apabila badan mereka hancur akibat tersepit mesin memproses bijih besi di tapak sebuah lombong di Felda Aring 5 di sini kelmarin.

Dalam tragedi pa­da pukul 11.25 pagi itu, mangsa warga Bangladesh, Moha­mad Younus Ali, 38, dan Sa­leem Shah, 29, dari Pakistan dipercayai sedang melakukan kerja-kerja menyelenggara dan membaiki mesin mengangkut bahan mentah berkenaan.

Mesin itu digunakan untuk mengasingkan bijih besi yang di lombong di kawasan tersebut.

Kawasan perlombongan tersebut terletak sejauh 90 kilometer dari bandar Gua Musang.

Bagaimanapun, seorang pe­kerja asing lain dipercayai telah membuka suis mesin terbabit menyebabkan kedua-dua mang­sa terperangkap dan anggota badan mereka dikisar mesin tersebut.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Mohd. Taufik Maidin berkata, suspek lelaki warga Pakistan, Khan Amjad Ali, 21, yang disyaki membuka suis itu bertindak melarikan diri selepas kejadian.

Sumber: Kosmo

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com