Lelaki Tertembak Jantung Sendiri Dengan Pistol Paku


WISCONSIN - AMERIKA SYARIKAT. Seorang lelaki tidak sengaja tertembak dadanya dengan pistol paku namun dia terselamat selepas teringat insiden menimpa mendiang Steve Irwin, lapor Huffington Post.

Doug Bergeson, 52, memberitahu media tempatan, dia memutuskan untik tidak menarik keluar paku yang terpacak di jantungnya itu.

"Irwin meninggal dunia kerana dia menarik tusukan duri ikan pari dari jantungnya, perkara itu yang bermain di kepala saya.

"Saya dapat lihat dengan jelas paku tersebut bergerak dengan degupan jantung, dan setiap kali ia berdegup saya rasa sakit," katanya.

Bergeson  kemudiannya bergegas ke Hospital Bay Care Medical Centre dan perlu menjalani pembedahan 'open-heart'.


Sementara itu, Pakar Bedah Kardiotorasik, Dr Alexader Roitstein berkata, paku terletak lapan inci dari arteri utama.

"Jika dia terus bersandar atau jantungnya di tempat berbeza, dia akan mengalami masalah besar," katanya.

Bergeson ditahan selama dua hari di wad dan beransur baik.

Doktor turut memberikan kebenaran kepadanya untuk bekerja.

Sumber: Sinar Harian

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com