Lebih 200,000 Orang Beli Senjata Api Semasa Jualan Runtuh Black Friday


WASHINGTON D.C., Amerika Syarikat – Biro Siasatan Persekutuan (FBI) mendedahkan pihaknya terpaksa memeriksa lebih 200,000 individu yang mahu membeli senjata api semasa jualan runtuh Black Friday pada Jumaat lalu.

Biro siasatan itu berkata, mereka menerima sejumlah 203,086 permohonan pemeriksaan latar belakang meningkat berbanding 185,713 yang direkodkan pada 2016 dan 185,345 pada tahun 2015.

Statistik itu dikeluarkan oleh Sistem Pemeriksaan Latar Belakang Jenayah Negara (NICS) FBI dan pemeriksaan itu merupakan antara syarat untuk membeli senjata api daripada pengedar yang dilesenkan.

Bilangan permohonan pemeriksaan latar belakang yang tinggi menunjukkan jumlah senjata api yang dijual berkemungkinan lebih tinggi apabila seorang pelanggan biasanya membeli lebih daripada satu senjata.

Peguam Negara, Jeff Sessions pada Rabu lalu mengarahkan semakan terhadap pangkalan data NICS selepas seorang lelaki menembak mati 26 individu di sebuah gereja di Texas didapati terlepas daripada sistem pemeriksaan walaupun mempunyai rekod jenayah.

Sumber – Agensi

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com