Lebih 100 Maut Gempa Bumi Di Sempadan Iran-Iraq


DUBAI - Sekurang-kurangnya melebihi 100 orang maut dan 300 lagi cedera dalam kejadian gempa bumi berukuran 7.3 pada skala Richter di wilayah Kermanshah di sempadan Iran-Iraq kelmarin.

Stesen televisyen tempatan yang memetik pegawai kecemasan sebagai berkata, ramai mangsa berada di bandar Sarpol-e-Zahab yang terletak kira-kira 15 kilometer dari sempadan negara itu.

Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa bumi itu berlaku di 103 kilometer tenggara bandar Sulaymaniyah wilayah didiami puak Kurdis di Iraq.

Para pegawai Iraq berkata, kejadian menyebabkan enam orang terkorban dan 150 cedera di bandar berkenaan manakala pegawai di pejabat gabenor wilayah Kermanshah melaporkan, seramai 30 orang terkorban dan 200 lagi cedera.

Datuk Bandar Darbandikhan, Nasseh Moulla Hassan berkata, empat orang terkorban di bandar itu manakala dua lagi di Kalar. -Agensi

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com