Lagi Cawangan DAP Minta ROS Siasat Pemilihan Semula CEC


DAP kembali diasak oleh pemimpin akar umbi apabila mereka meminta Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS)  menyiasat pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang diadakan pada 12 November lalu.

Ini  kerana pemilihan itu dipercayai tidak mematuhi undang-undang ditetapkan.

Sebelum itu ada cawangan DAP menyuarakan bantahan yang sama walaupun Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng meminta ROS tidak lagi 'mengganggu' DAP selepas CEC semula itu selesai..  

Timbalan Pengerusi DAP cawangan Asam Kumbang Santokh Singh berkata antara perkara yang gagal dipatuhi DAP adalah senarai nama calon CEC yang tidak dikemas kini, termasuk menyenaraikan nama calon yang telah keluar parti dan meninggal dunia.

"Biar pun telah meninggal dunia, bekas Pengerusi DAP Karpal Singh masih mendapat sebanyak 43 undi. Tiga calon lain yang telah keluar parti dan masih mendapat undi ialah John Fernandez (lapan undi), Zulkifli Mohd. Noor (43 undi) dan Roseli Abdul Ghani (lapan undi). katanya yang dipetik daripada Bernama..

"Kita hairan kenapa syarikat audit, Grant Thornton yang dilantik DAP untuk menyelia pemilihan semula CEC itu gagal mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan sehingga mengundang perasaan tidak puas hati banyak pihak," katanya kepada media selepas menyerahkan aduan rasmi kepada wakil ROS, Rahida Mohamed semalam.

Pada 16 November lalu bekas Pengerusi DAP Cawangan Bagan Luar, G Asoghan  meminta ROS membuat sisatan kerana mendakwa ada unsur yang meragukan.

Menurutnya ada perwakilan tidak berpuas hati dengan pengendalian proses itu oleh firma audit antarabangsa, Grant Thornton.

Beliau mendakwa, ketika pengiraan kertas undi, tiada sebarang wakil atau ejen dibenarkan masuk melihat proses berkenaan, sekali gus memungkinkan tipu helah berlaku sekali lagi.

Sebelum ini Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyatakan antara sebab lain Pakatan Harapan tertangguh penfdaftarannya adalah disebabkan DAP belum menghantar senarai baharu CEC.

Selain sebab itu, kegagalan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak mematuhi perlembagaan parti itu termasuk gagal mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) juga menjadi punca pendaftaran Pakatan Harapan tidak dapat dilakukan.

Masalah dalaman DAP dan PPBM itu mungkin menyebabkan kedua parti itu menghadapi kesukaran untuk mengambil bahagian dalam pilihanraya umum jika ia dibuat dalam masa terdekat. - Kedahnews.com.



No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com