KUIN Kemukakan Permohonan Daftar UniSHAMS Awal Januari Depan


ALOR SETAR - Kolej Universiti Insaniah (KUIN) kini dalam proses memenuhi syarat bagi melengkapkan urusan permohonan pendaftaran Universiti kepada Kemeterian Perlajaran Tinggi (KPT).

Sehingga kini, berbaki satu syarat masih diusahakan untuk dipenuhi iaitu institusi perlu memenuhi syarat minimun 20 peratus pelajar antarabangsa.

Pasa masa kini, hanya 6 peratus pelajar antarabangsa yang dimiliki KUIN, pihaknya memerlukan lebih kurang 300 pelajar antarabangsa bagi memenuhi kuata 20 peratus yang telah ditetapkan oleh KPT.

ADUN Tanjung Dawai, Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata, pihak KUIN kini sedang menggerakkan perancangan strategik bagi meningkatkan bilangan pelajar antarabangsa.

" Mesyuarat Lembaga Pengarah KUIN telah meluluskan Pakaj Penawaran Istimewa dengan kadar diskaun 50 peratus yuran bagi sembilan program pascasiswazah untuk 300 pelajar antarabangsa dari Thailand dan Indonesia,

"Pakej Penawaran Istimewa tersebut hanya terbuka kepada 300 pelajar antarabangsa dari Thailand dan Indonesia sahaja sehingga KUIN memperoleh kelulusan berdaftar sebagai UniSHAMS" katanya dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah, disini, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan mulut dari Adun Kuala Ketil,  Md Zuki Yusof sebelum ini yang ingin tahu tentang status terkini Kuin berkenaan permohonannya untuk mendapatkan status Universiti.

Pada 22 Ogos yang lalu, KUIN telah menerima surat dari KPT yang telah meluluskan Penubuhan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta dengan nama Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Mua'adzam Shah (UniSHAMS).

Dalam surat tersebut, KUIN perlu memastikan syarat-syarat yang diberikan dipenuhi sebelum permohonan pendaftaran dikemukakan. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com