Kualiti Produk Rendah, Pizza Hut Malaysia Mohon Maaf


INDAH khabar dari rupa: itulah perumpamaan yang boleh disamakan dengan makanan yang dipesan seorang pelanggan di sebuah restoran francais terkenal baru-baru ini.

Khabarnya, seorang pelanggan yang dikenali dengan nama Fieq telah memesan Mama Mia Meatballs dari Pizza Hut cawangan Kangar, Perlis.

Namun, malangnya makanan yang diterima sangat meloyakan dan presentasi makanannya juga tidak menepati standard restoran francais tersebut.

Malah, mangkuk yang digunakan juga kelihatan kotor.


“Hai @pizzahutmsia ! Saya ingin membuat aduan mengenai cawangan di Kangar. Perkhidmatan pelanggan kurang baik dan persembahan makanan yang teruk.

“Satu lagi, pekerja bernama Saga agak biadab dengan kami. Kami membayar cukai perkhidmatan,” tulisnya di laman Twitter.

Tweet yang tular sejak beberapa hari lalu itu mendapat respon netizen yang rata-ratanya terkejut dan berang dengan layanan yang diberikan.


Malah, tweet tersebut berjaya mendapat maklum balas dari pihak Pizza Hut Malaysia sendiri.


Menurut tweet tersebut, pihak Pizza Hut Malaysia memohon maaf dengan apa yang telah berlaku dan berjanji akan menjalankan siasatan lanjut berkenaan perkara tersebut.


Dalam pada itu, seorang pengguna Twitter turut menyatakan yang sebelum ini dia pernah mendapat makanan yang ‘tidak semenggah’ di cawangan yang sama.


Pihak Pizza Hut Malaysia turut membalas tweet berkenaan dengan meminta butiran pesanan yang telah dilakukan untuk tindakan selanjutnya.

Sebagai syarikat yang dikenali, pihak pengurusan dan pihak operasi seharusnya memantau dan sentiasa memastikan kualiti makanan yang dikeluarkan mereka terjaga. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com