Kondominium Dalam Pembinaan Terbakar Di Kota Damansara


KUALA LUMPUR – Beberapa tingkat bangunan kondominium yang sedang dalam pembinaan di Kota Damansara di sini terbakar dalam kejadian kira-kira 2 petang tadi.

Ia menyebabkan asap tebal menyelubungi kawasan sekitar.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata kebakaran itu menjejaskan tingkat tiga, empat, lima dan enam bangunan di mana pekerja binaan dikatakan telah mewujudkan rumah kongsi di tingkat-tingkat terbabit sebagai penempatan sementara.

“Kebakaran itu mengakibatkan kemusnahan hampir 90 peratus,” katanya ketika dihubungi mengenai kebakaran. Punca kejadian masih disiasat.

Operasi memadam api melibatkan 24 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh, Damansara dan Seksyen 7 Petaling Jaya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din mengesahkan pihaknya menerima laporan kejadian itu namun berkata ia tidak melibatkan kemalangan jiwa. - Bernama

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com