Kerana Malu, Ibu Tikam Bayi Hingga Terburai Usus


SEORANG bayi yang baharu dilahirkan dijumpai cedera parah di depan pintu bilik mandi di sebuah rumah tumpangan di Indonesia.

Dilaporkan bayi perempuan itu cedera parah akibat ditikam ibunya yang baru berumur 20 tahun dengan menggunakan sebilah gunting.

Suspek yang juga ibu mangsa, Fitrianti Wibowo melakukan perbuatan kejam itu kerana malu telah melahirkan bayi tersebut hasil hubungan sulit yang dilakukannya.

Suspek merupakan salah seorang penuntut di Universiti Muhammadiyah Purwokerto (UMP) dan telah melakukan cubaan membunuh itu di sebuah rumah tumpangan yang terletak di Purwokerto, Jawa Tengah.

Kejadian ngeri itu disedari kira-kira pukul 12.15 tengah malam waktu tempatan, 28 Oktober lalu apabila jirannya, Dian mendengar bunyi tangisan bayi di bilik tersebut.


Menurut pemilik rumah tumpangan tersebut, Pujiati, dia dikejutkan dengan berita tersebut apabila diberitahu Dian mengenai bunyi tangisan yang disangkakan bunyi kucing.

Pujiati kemudiannya bergegas ke bili Fitrianti untuk melihat apa yang berlaku. Alangkah terkejutnya Dian apabila mendapati seorang bayi dibiarkan terbaring di atas tikar.


“Saya ketuk dan suami buka pintu. Kami serta penghuni lain terkejut melihat bayi ada di depan bilik mandi manakala Fitri berada dalam bilik mandi tersebut,” katanya dipetik portal Warta Ekspres.

Melihatkan keadaan bayi yang agak parah, suami Dian bertindak membawa mereka berdua ke sebuah hospital sebelum membuat laporan polis.

Menurut Warta Ekspres, bayi itu kini ditempatkan di hospital berkenaan dan akan menjalani pembedahan.


Dilaporkan, pinggang bayi tersebut luka teruk sehingga ususnya turut terburai. Terdapat juga luka dan kesan cakaran di bahagian punggungnya yang berkemungkinan dilakukan oleh ibunya sendiri.

Namun, Fitrianti dilaporkan meninggal dunia semasa menjalani rawatan di hospital berkenaan. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com