Kelindan Lori Didakwa Noda Dua Budak


KUANTAN - Seorang kelindan lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas tuduhan merogol dua kanak-kanak perempuan berusia empat dan lapan tahun.

Mohd Azhar Sharidan, 25, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim, Datuk Unaizah Mohd selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya,

Mengikut kertas pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun di tangki air Taman Mahkota Aman Batu 11, di sini di antara jam 5 hingga 7 petang, Mei lalu.

Bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa merogol seorang kanak-kanak berusia lapan tahun di ladang kelapa sawit Mahkota Aman Batu 11 di sini di antara jam 5 hingga 7 petang pada Ogos lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum 10 tahun dan maksimum 30 tahun dan disebat.

Sumber: Sinar Harian

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com