Kedah Beri Sagu Hati RM2.375 Juta Kepada 4,564 Jemaah Haji


ALOR SETAR - Kerajaan Kedah membelanjakan sejumlah RM2.375 juta kepada 4,564 jemaah haji dari negeri Kedah pada musim haji yang lalu.

Setiap jemaah menerima wang sagu hati RM500 sebagai perbelajaan di tanah suci.

Walaupun sebahagian jemaah tersebut tidak menggunakan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Alor Setar (LTSAH), jemaah haji itu juga menerima sagu hati tersebut yang dimasukkan dalam akaun masing -masing.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pelancongan Negeri, Datuk Rawi Abdul Hamid memberitahu, sebanyak 10 penerbangan terus membawa 2,852 jemaah haji Kedah dari LTSAH ke Jeddah.

Selain jemaah haji Kedah, terdapat seramai 275 jemaah haji dari Perlis turut menggunakan penerbangan terus daripada Alor Setar, kata Rawi menjawab pertanyaan Datuk Abu Hasan Sarif (BN-Kota Siputeh) di sidang Dewan Undangan Negeri, di sini hari ini.

Menurut Rawi lagi, kerajaan meluluskan sebanyak RM253,000 bagi kos operasi dan persediaan untuk jemaaah haji negeri ini berlepas daripada lapangan terbang Alor Setar  ke Jeddah.

Bagaimanapun kos perbelanjaan sebenarnya ialah RM212,593, kata Rawi. - Kedahnews.com 

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com