Isu Pekerja Muslim Dilarang Bertudung: Semua Ketua Agama Islam Negara Ini Perlu Bersuara


SEREMBAN -  Semua ketua agama Islam negara ini, digesa bersuara dan bertindak adil terhadap diskriminasi yang berlaku terhadap pekerja hotel wanita Muslim yang dilarang bertudung.

Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad berkata, pihaknya menentang diskriminasi tidak bertamadun itu, seolah-olah Malaysia hidup pada zaman kuno.

Menurutnya, diskriminasi agama seumpama itu tidak sepatutnya berlaku, lebih-lebih lagi dalam negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam.

“Kita menentang keras diskriminasi agama yang dimainkan segelintir pihak terhadap pemakaian tudung ini.

“Sudah menjadi tanggungjawab wanita Muslim  menutup aurat mereka, selain memenuhi tuntutan agama.

“Tidak wajar perkara sedemikian dijadikan isu. Itu semua adalah diskriminasi tidak bertamadun, malah tidak adil kepada golongan wanita Muslim,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Mohd Yusof berkata, larangan tersebut dianggap sebagai menghina agama Islam, yang menuntut wanita Muslim agar wajib menutup aurat.

Sumber: Sinar Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com