Hujan Lebat Mamah Jalan Di Balik Pulau


GEORGETOWN - Hujan lebat tiga jam petang kelmarin menyebabkan berlaku mendapan jalan di Jalan Bukit Baru, Balik Pulau.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 1 tengah hari itu menyebabkan berlaku tanah runtuh dan runtuhan batu di beberapa lokasi lain.

Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri Ahmad Redza Ghulam Rasool berkata, runtuhan batu di atas jalan dibersihkan manakala mendapan tanah menyebabkan jalan berkenaan ditutup untuk tujuan keselamatan.

Beliau berkata, kerja pemeriksaan jalan dilakukan dan jalan itu masih ditutup untuk kerja pembaikian sejak kejadian banjir pada 4 November hingga 15 November ini.

“Selepas kerja pembaikian selesai dilakukan, ia akan dibuka semula kepada orang ramai,” katanya.

Tinjauan Harian Metro kelmarin mendapati antara laluan terjejas teruk dari Jalan Paya Terubong hingga Jalan Tun Sardon yang menjadi laluan utama ke Balik Pulau.

Berikutan itu, orang ramai dinasihatkan menggunakan Jalan Teluk Kumbar-Balik Pulau untuk sementara waktu.

Sumber: MyMetro

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com