Hidung Ditusuk Tuil Brek Basikal


BEIJING - Seorang budak lelaki terpaksa menanggung kesakitan apabila hidungnya tertusuk tuil brek basikal dalam satu kemalangan baru-baru ini.

Tuil brek berkenaan tertusuk hidung budak lelaki malang itu selepas mukanya terhantuk pada hendal ketika memberhentikan basikalnya secara tiba-tiba.

Seorang pengawal keselamatan di Yangzhou di wilayah Jiangsu berkata, budak itu menangis dengan hidungnya terlekat pada tuil brek basikalnya.

Ketika ditemui, banyak darah keluar dari hidung mangsa dan pengawal berkenaan segera menghubungi bomba untuk meminta bantuan.

Satu video yang dirakam bomba menunjukkan budak itu berada dalam kesakitan dengan mukanya terlekat pada hendal basikal.

Anggota bomba terpaksa membuka tuil brek itu daripada hendal basikal kerana ia tertusuk jauh hingga ke dalam rongga hidung mangsa.

Mangsa kemudian dibawa ke sebuah hospital tempatan di mana tuil brek yang melekat pada hidungnya dikeluarkan menerusi pembedahan.

Menurut laporan doktor, kanak-kanak itu kini dalam keadaan stabil tetapi masih belum pulih dari pembedahan.- Agensi

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com