Haram Haji Guna Duit 1MDB, Halal Cucu Tun Belai Anjing


TAHUN lalu, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang terkenal sering hina ulama tiba-tiba berlagak jadi ‘mufti’ apabila dakwa ibadah haji dengan menggunakan dana ihsan 1MDB sebagai hukum haram!

Begitulah bencinya pengerusi pakatan pembangkang itu kepada sayap pelaburan strategik kerajaan diwujudkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hanya kerana mengambil alih beberapa aset kroninya sebelum itu.

Walhal sepanjang 22 tahun pemerintahan Mahathir, langsung tiada rakyat marhaen ditaja mengerjakan haji oleh mana-mana agensi kerajaan berbanding lebih 6,000 orang di bawah program 1MDB sejak diperkenalkan pada 2011.

Telatah Mahathir mempermainkan hukum agama bukan baharu, malah ada anak beliau sendiri perlekeh ajaran Islam dan lebih malang, tiada sesiapa pun berani tegur kecuali musuh politiknya tetapi suara mereka ‘tenggelam’.

Terbaharu tular pula dalam kalangan pengguna media sosial tempatan apabila kecoh memperkatakan gelagat jelik salah seorang cucu kesayangan kepada Pengerusi PPBM itu yang hanya dikenali namanya sebagai Othman Mirzan.

Dia dengan penuh angkuh dan bongkak memuat naik gambar terbaharu dirinya tidur bersama-sama anjing kesayangan beserta kapsyen “All my bitches love me” menerusi laman Instagram yang dikongsikan secara umum.

Beginikah gaya hidup orang Melayu yang beragama Islam? Padahal Muslim diharamkan menyentuh anjing yang merupakan najis berat Mughallazah kecuali dalam beberapa keadaan tertentu apatah lagi membelainya manja.

Justeru tindakan Othman memanipulasikan hukum Islam untuk menghalalkan gaya hidup ternyata kurang ajar tetapi paling aib, Mahathir tidak pula berani kata perbuatan si cucunya itu sengaja pegang anjing sebagai haram.

Untuk rekod bapanya, Mirzan pernah terpalit dengan isu pembelian kilang arak di Filipina manakala ibu saudaranya bernama Marina pula sering dikaitkan dengan gerakan songsang Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).

Datuknya pula, Mahathir dikatakan cuba berlagak bagaikan malaikat apabila mendakwa menunaikan haji melalui bantuan 1MDB adalah haram selain bermacam-macam lagi ‘fatwa’ dikeluarkan demi menunjukkan dia sahaja suci!

Ironi lagak Othman sering memaparkan gaya hidup mewah dalam laman sosialnya kini memalukan umat Islam terutama penyokong tegar pembangkang beragama Islam sebaik status dia tidur dengan anjing diperkatakan ramai.

Kisah keberanian Othman itu mula didedahkan laman Facebook tempatan Sudahlah Mahathir sejak semalam sekali gus menerima kutukan ramai netizen sebagai sengaja menghina kesucian Islam.- Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com