Hantar Pakar Nutrisi Ke Sekolah Atasi Murid Obesiti


KLANG - Kerajaan akan menghantar pakar nutrisi ke sekolah di seluruh negara bagi mengatasi masalah obesiti dalam kalangan murid.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, individu yang mahir dalam bidang pemakanan itu akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan (KPM) serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) termasuk merangka program bimbingan yang bersesuaian.

“Ibu bapa bertanggungjawab dalam aspek penyediaan makanan di rumah. Sudah menjadi trend kebanyakan ibu bapa memberi hadiah kepada anak yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan dengan membawa ke restoran makanan segera.

“Bila ibu bapa buat begini, anak akan mengaitkan pencapaian peperiksaan dengan makanan segera. Ini perlu diubah. Kita kena beri pendedahan, nasihat dan pengajaran kepada ibu bapa,” katanya.

Sumber: MyMetro

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com