Guna Istilah Armada, Pemimpin PPBM Ada Agenda Tersembunyi, Penipuan Terancang?


JIKA UMNO boleh diharamkan oleh mahkamah pada 1987, kenapa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak boleh ditegur atau diharamkan.

Jika DAP akhirnya terpaksa mematuhi Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) untuk mengadakan semula pemilihan Jawatankuasa Pusat, kenapa PPBM masih enggan mengikut perlembagaan patinya. 

Semalam pemimpin tertinggi PPBM terus didesak agar mematuhi Akta Pertubuhan 1966.

Bekas Ahli Jawatankuasa PPBM, Muhd. Syazwan Ahmad Zainal berkata, pemimpin tertinggi termasuk penasihat parti itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad perlu bertanggungjawab berhubung pelanggaran akta berkenaan dan bukan terus memperdaya ahli PPBM demi memenuhi kelangsungan politik.

"Pemimpin atasan mungkin mempunyai agenda tersendiri dan melakukan penipuan terancang terhadap ahli kerana tidak pernah menegur kesalahan pelanggaran Akta Pertubuhan 1966 walaupun kumpulan itu matang dalam berpolitik.

“Persoalannya, kenapa kesalahan ini tidak pernah ditegur mana-mana pemimpin parti sedangkan mereka mempunyai pengalaman politik yang dikatakan matang, " kata.Muhd. Syazwan dalam sidang akhbar di pejabatnya semalam.. 

Menurutnya sehingga hari ini masih tiada sebarang panggilan untuk Persidangan Perhimpunan Agung Tahunan atau persetujuan untuk membawa usul berkenaan pindaan perlembagaan parti bagi menggunakan istilah Armada,” katanya.

Baru-baru ini Jabatan Pendaftaran Pertubuhan  menegaskan bahawa pihaknya akan terus mendesak PPBM agar mengikut perlembagaan parti­ sendiri terutama berhubung isu penggunaan istilah Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

Bekas Exco Armada Mohamad Taufik Abas  bersama seorang ahlinya baru- baru ini membuat aduan rasmi kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan berhubung penubuhan sayap PPBM yang tidak sah mengikut perlembagaan parti.

Ahli PPBM itu berkata, mengikut aduan itu, beliau telah meminta pihak pendaftar pertubuhan menyiasat dan mengambil tindakan terhadap perkara itu yang boleh dianggap serius kerana melibatkan sebuah parti politik. 

ROS mengesahkan istilah Angkatan Bersatu Anak Muda atau (Armada) untuk jawatankuasa Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak pernah diluluskan dalam perlembagaan PPBM. 

Ketua Pengarahnya, Surayati Ibrahim berkata, sehubungan itu tindakan PPBM menggunakan Armada adalah melanggar perlembagaan parti dan Akta Pertubuhan 1966. - kedahnews.com


No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com