Goreng, Ratah Otak Dan Minum Darah Kekasih


SEORANG remaja di Rusia tergamak membelasah hingga mati teman wanitanya yang lebih tua, malah turut dipercayai menggoreng dan meratah otak mangsa.

Lapor Dailymail, Dmitry Luchin, 21, didakwa memukul mati kekasihnya yang dikenali sebagai Olga B, 45, di kepala sebanyak 25 kali dengan botol wain sebelum menikamnya empat kali di dada pada 8 Mac lalu.

Dia kemudian mengerat telinga mangsa yang dimakannya dan kini berdepan tuduhan bunuh serta merosakkan mayat yang membawa hukuman penjara seumur hidup.

Menurut polis, Luchin mengakui perbuatannya tetapi mahkamah belum merekodkan pengakuannya sebaliknya perbicaraannya akan berlangsung tahun depan.


Ketika disoal siasat, lelaki yang berasal dari Valdai itu menceritakan bagaimana dia cuba melemaskan mangsa menggunakan bantal apabila wanita itu tidur selepas mereka selesai makan malam.

Namun mangsa tidak mati, menyebabkan Luchin mengambil botol wain kosong dan memukul mangsa berulang kali di kepalanya sehingga pengsan.

Luchin turut membuat pengakuan suka rasa otak mangsa, malah meminum darah mangsa sebagai pencuci mulut.

“Saya suka rasa otak dia sedap, kemudian, saya kumpulkan darahnya ke dalam gelas.

“Kenapa? Saya perlukan darah untuk diminum dengan makanan saya,” katanya.

Sebelum mengerat mangsa, dia melukiskan simbol sihir menggunakan jari yang dicelup daripada darah Olga.

Lelaki itu kemudian memotong kepala mangsa sebelum menghiris otak mangsa yang digorang dan dimakan.


Enam jam selepas membunuhnya, dia meninggalkan apartmen wanita itu dengan membawa tablet mangsa, sebotol semburan rambut dan 150 rubel (RM10.50).

Hasil siasatan menunjukkan Luchin merupakan peminat Dahmer atau dikenali sebagai Kanibal Milwaukee yang merogol, membunuh dan memotong anggota badan 17 budak lelaki serta dewasa antara 1978 dan 1991. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com