Cabul: Bekas Jurulatih Tenis Didakwa


KUALA LUMPUR – Seorang bekas jurulatih tenis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas pertuduhan memegang kemaluan seorang kanak-kanak lelaki, empat tahun lepas.

Nik Muhamad Nik Ibrahim, 35, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa berusia 11 tahun ahun dengan maksud hendak mencabul kehormatannya di sebuah rumah di sini, pada jam 3 petang, Disember 2013.

Lelaki itu dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua dari seksaan itu, jika sabit kesalah.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Noorelynna Hanim Abd Halim tidak menawarkan sebarang jaminan dengan alasan tertuduh sedang menjalani hukuman bagi kesalahan lain di Penjara Kajang.

Majistret Maizatul Munirah Abd Rahman menetapkan 11 Dis ini untuk sebutan semula kes bagi membolehkan tertuduh melantik peguam. – Bernama

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com