Bawa Anak Dari Kuala Nerang Ke Ibu Kota Demi Ekspo Negaraku


ALOR SETAR – Perjalanan yang mengambil masa hampir enam jam dari Kuala Nerang, Kedah ke Kuala Lumpur, tidak menjadi penghalang kepada seorang bapa Rosman Bahari, 47, untuk membawa anak-anaknya berkunjung ke Ekspo Negaraku 2017 di ibu negara.

Menurut bapa kepada lima anak itu, peluang cuti sekolah yang tiba ini mahu dimanfaat sepenuhnya untuk membawa keluarga mengunjungi ekspo ini.

Niatnya untuk menziara adik beradiknya yang menetap di ibu negara, tapi sambil menyelam apa salahnya minum air.

“Saya datang ziarah adik, lalu ambil kesempatan untuk datang ekspo ini. Saya tidak pernah sampai ke sini.

“Tak tau kata ada ekspo di Dataran Merdeka ni. Saja mai bawak anak-anak jalan-jalan,” katanya.

Biarpun mengharungi perjalanan yang panjang, namun ujarnya penat lelah itu hilang melihat kegembiraan anak-anaknya yang terpesona dengan fasiliti yang dipamerkan di sini.

“Kebetulan ada kesempatan datang sini. Ekspo ini memang bagus untuk tambah pengetahuan anak-anak saya mengenai perancangan masa depan negara.

Ekspo Negaraku 2017 yang masuk hari ke 12 hari ini disifatkan sebagai pame­ran infrastruktur terbesar dalam memaparkan pembangunan terkini dan perancangan akan datang kerajaan.

Ekspo pertama seumpamanya ini anjuran Unit Perancang Ekonomi (UPE), Jabatan Perdana Menteri dan akan berlangsung selama sebulan di Dataran Merdeka dari pukul 10 pagi hingga 10 malam dan masuk adalah percuma. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com