Badak Air Dirakam Lakukan Aksi Kuak Lentang


LIMPOPO, Afrika Selatan – Seekor badak air liar dirakam seolah-olah sedang melakukan aksi kuak lentang di Taman Negara Kruger di sini baru-baru ini.

Aksi luar biasa itu berjaya dirakam seorang jurugambar Maureen Gibson, 71, apabila haiwan tersebut berenang seperti tarian balet dengan memusingkan badan menyebabkan keempat-empat kaki di atas permukaan tasik.

“Secara tiba-tiba, badak air itu memasukkan muka ke dalam air tasik dan mula memercikkan air dengan menggoyangkan badannya.


“Haiwan itu kemudian menyelam lebih dalam dan memusingkan badan seolah-olah sedang menikmati tarian balet dalam air. Aksi itu berterusan selama 10 minit,” katanya. 

Sumber – Agensi

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com