Austria’s Next Top Model Dikecam Suruh Peserta Bogel


RANCANGAN Austria’s Next Top Model telah dikecam ramai selepas peserta pertandingan itu diberikan tugas mencabar, iaitu mereka perlu berbogel di depan kamera.

Peserta perlu berposing bersama model lelaki dengan masa yang diberikan ialah 15 minit.

Seramai lapan peserta finalis dirakamkan gambar bogel itu oleh jurugambar terkenal, Katrin Schöning.

Bagaimanapun seorang peserta, Thersea Steinkellner, 21, menangis selepas disuruh berbogel.

Manakala seorang lagi model, Sanda Gutic, 23, terpaksa dipujuk selepas tamat penggambaran.

Ia menyebabkan program itu menerima kecaman ramai dengan model berkenaan diselar sebagai bodoh kerana sanggup berbogel semata-mata untuk menjadi popular.

“Sangat sedih melihat wanita muda ini yang sanggup melakukan apa sahaja. Sangat menjijikkan….menyuruh model ini melakukan perkara ini. Memiliki badan yang cantik tapi terpaksa berbogel.

“Lima tahun akan datang, mereka akan menangis mengenangkan bagaimana lelaki mengambil kesempatan ke atas mereka dengan mempergunakan badan mereka, bodoh!!,’’ itu antara kecaman yang diterima di media sosial. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com