AirAsia Tawar Kempen Tempat Duduk Percuma Tahun Depan


SEPANG - Jika anda sedang merancang percutian untuk tahun hadapan, rebutlah peluang untuk menempah Tempat Duduk Percuma dengan AirAsia.

Sehingga 5 juta tempat duduk ditawarkan dari 13 November 2017 (0001h GMT +8) hingga 19 November 2017 (2400 GMT +8) untuk tempoh perjalanan dari 7 Mei 2018 hingga 31 Januari 2019 di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia.

Nikmati tambang serendah RM0* ke destinasi seperti dari Kuala Lumpur ke Alor Setar, Yangon, Siem Reap, Krabi, Surat Thani, Chiang Mai, Lombok, Phuket, Solo, Brunei, Sihanoukville, Luang Prabang, Nha Trang dan banyak lagi dengan penerbangan AirAsia (kod penerbangan AK). Para tetamu juga boleh menikmati tambang termasuk semua dari RM239** dari Kuala Lumpur ke Xi’an, Hangzhou, Shanghai, Wuhan, Perth, Hokkaido dan lain-lain, serta ke laluan yang baru dilancarkan iaitu Jaipur dari RM289** dengan penerbangan AirAsia X (kod penerbangan D7). Selain itu, para tetamu yang terbang dengan AirAsia X juga boleh menikmati Premium Flatbed yang telah memenangi pelbagai anugerah dengan tambang termasuk semua dari RM699** dari Kuala Lumpur ke Taipei, Chongqing, Wuhan, Kathmandu, Delhi dan destinasi-destinasi lain.

Ahli AirAsia BIG pula akan menikmati akses lebih awal untuk promosi ini dan boleh membuat tempahan di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia atau tebus penerbangan melalui aplikasi mudah alih BIG dari 12 November 2017 (0001h GMT +8).

Rakan niaga lain juga boleh mengakses promosi ini 24 jam lebih awal. Pemegang BIG Prepaid MasterCard boleh membuat tempahan di airasia.com tanpa caj pemprosesan. Ahli AIRASIAGO dan AirAsia Expedia pula boleh membuat tempahan di laman web rasmi masing-masing, manakala pemegang kad kredit AirAsia-Citi akan menerima pautan eksklusif daripada bank tersebut.

Ketua Pegawai Komersial Kumpulan AirAsia Siegtraund Teh berkata, “Rasanya tidak terlalu awal untuk anda merancang percutian pada tahun hadapan. Dengan sehingga lima juta tempat duduk yang ditawarkan serta tambang yang rendah, kami pasti anda boleh merancang percutian yang diidamkan tanpa kerisauan.”

Para tetamu juga boleh menikmati penerbangan penuh faedah dengan menempah Pek Nilai yang kini disertakan dengan 20kg bagasi berdaftar, hidangan daripada menu Santan, pilihan tempat duduk biasa, dan insurans perjalanan daripada Tune Protect yang merangkumi Jaminan 1 Jam Tepat Masa dan Perlindungan Kelewatan Bagasi***.

Untuk promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).

*Tambang asas untuk perjalanan sehala tidak termasuk cukai dan yuran. Tertakluk kepada terma dan syarat.

**Promosi tambang termasuk semua yang tercatat adalah untuk perjalanan sehala sahaja termasuk cukai. Tertakluk kepada terma dan syarat.

***Perlindungan Perjalanan Tune - AirAsia boleh didapati dengan rakan insurans tempatan bergantung kepada negara pelepasan pertama anda. Insurans perjalanan ini hanya boleh didapati untuk penerbangan terus yang berlepas dari negara terpilih – tidak termasuk Fly-Thru, Pengangkutan ke Pulau dan Bandar. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Sumber: MyMetro

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com