ADUN Bukit Lada 'Bimbang' Mukhriz Tiada Lagi Dalam Dewan Selepas PRU14


ALOR SETAR - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin'menyuarakan kebimbangan' kemungkinan ramai ADUN pembangkang termasuk Datuk Seri Mukhriz Mahathir (PPBM- Ayer Hitam) tiada lagi pada persidangan dewan selepas Pililhan Raya Umum yang dijangka  tahun depan.

" Inilah perbahasan terakhir saya sebelum pilihan raya dan saya bimbang ramai rakan saya di sebelah sana yang berbahas hari ini juga tidak ada lagi dalam mesyuarat akan datang, " katanya semasa  berbahas pada sidang DUN semalam.

Beliau yang sering membuat dewan 'kecoh' menyatakan perkara itu berikutan keghairah anggota pembangkang  menyuarakan keyakinan BN tidak lagi menjadi kerajaan selepas PRU14.

Sementara Ahmad juga menyifatkan Mukhriz tiada lagi taring ketika berbahas kerana gagal mendapat sokongan dan menarik anggota PAS.

Sidang DUN semakin gamat apabila beberapa ADUN pembangkang bangkit mencelah dengan bertanya sama ada Datuk Ali Yahya (BN-Pantai Merdeka) dipilih semua sebagai calon pada PRU akan datang.

Ali berkata, ADUN BN mempunyai prinsip, jika tidak dipilih lagi pucuk pimpinan mereka akan kekal menyokong parti dan bukannya meninggal parti untuk menyertai pembangkang seperti yang berlaku di dalam PAS apabila ADUNnya  menyertai PAN dan PPBM.  - Kedahnews.com




No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com