Ada Kisah 'Sweet' Di Sebalik Swafoto PM Kali Ini


MELAKA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, diketahui umum memang seorang yang gemar berswafoto.

Terbaharu, petang tadi Najib berkongsi foto swafotonya dengan seorang wanita tempatan.

Tetapi, apa yang menariknya, ada kisah 'sweet' di sebalik gambar swafoto yang diambilnya bersama Jaharah Salleh itu.

"Di Melaka tadi, Puan Jaharah Salleh nak #selfie dengan saya tapi tak tahu macam mana, jadi saya tolong ambil guna telefon dia. Nice to meet you!," kongsinya di Facebooknya semalam.

Perkongsian Najib itu menerima lebih 14 ribu butang 'Like' dan turut disertakan dengan komentar netizen yang nyata menyukai pendekatan perdana menteri itu.

Sumber: Sinar Harian

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com