30 Kakitangan MAHB Di Langkawi Laksana Misi Pemeliharaan Alam Sekitar


ALOR SETAR - Sebanyak 30 kakitangan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) meninggalkan pekerjaan harian mereka sementara waktu di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi semalam demi menjalankan aktivitu kebaikan menjadi sukarelawan bagi memelihara alam sekitar.

Kesemua kakitangan termasuklah Pengurus Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi MAHB Jefry Ramli telah menyertai Program Geovolunteer di Kilim Karst Geoforest Park untuk membersihkan dan memelihara kawasan itu.

Difahamkan bahawa kesemua sukarelawan telah berjaya membersihkan sehingga 120 kilogram sampah dan pancang buluh dari kawasan santuari bakau serta menanam 215 anak pokok bakau dalam program yang mendapat kerjasama daripada Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) itu.

“Ini adalah kali pertama kami menjalankan program ini dan ia akan dilaksanakan lagi sebagai sebahagian daripada CSR (tanggungjawab sosial korporat) kami,” katanya.

Kilim Karst Geoforest Park adalah satu daripada geotapak di bawah Langkawi Global Geopark, sebuah status yang diberikan kepada pulau itu oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan  Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) sejak 2007. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com