3 Jam Keluarkan Cakera Pemberat Dari Alat Sulit


GILA…seorang lelaki terpaksa dikejarkan ke hospital selepas alat sulitnya terlekat di lubang cakera pemberat di Jerman.

Lelaki yang tidak dinamakan itu merupakan seorang yang taksub dengan kecergasan. Ia menyebabkan doktor terpaksa memanggil bomba untuk mengeluarkan alat sulitnya yang telah bertukar warna menjadi ungu.

Proses mengeluarkan cakera pemberat seberat 2.5kg itu mengambil masa selama tiga jam. Tidak diketahui bagaimana alat sulitnya boleh terlekat di situ namun gambar berkenaan telah menjadi tular.

Gambar itu sepatutnya untuk kegunaan pihak hospital sahaja namun ia dimuatnaik di media sosial. Pengurusan hospital kini sedang menyiasat bagaimana gambar itu boleh tersebar.

Dalam pada itu, pasukan bomba yang terlibat dalam mengeluarkan alat sulit lelaki itu menyifatkan ia sebagai mengejutkan.

“Bahagian badan yang sangat sensitif berada di dalam lubang cakera seberat 2.5kg. Ia dapat dibuang dalam masa tiga jam dengan bantuan peralatan bomba,’’ katanya. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com