25,000 Like, Saya Cuba Bawa Marco Kemudi Lang Merah - Pengarah ECK


ALOR SETAR - Ahli Lembaga Pengarah ECK Group Sdn. Bhd., Puan Sri Ginney Chew memerlukan para peminat Kedah memberikan 25,000 likes pada postingnya di laman Facebook rasminya untuk cuba membawa Ramon Marcote bersama Lang Merah.

Penaja utama skuad kebanggaan negeri Kedah itu berkata, beliau akan cuba membawa bekas penolong jurulatih Kedah itu untuk mengemudi Lang Merah sekiranya sasaran 25,000 like itu berjaya dicapai.

"What do u think 🤔???
"I need 25,000 like.
"I will try my best .
"Prove to KFA u all want
"Ramon Marcote Pequeno “Marco”
"Ada cabaran barulah ada kejayaan,"
tulis beliau di laman Facebooknya sebentar tadi.


Ginney sebelum ini meluahkan rasa sedih dan malu ekoran sikap penyokong Kedah yang bertindak tidak rasional memalukan Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Ahmad Bashah Md Hanipah pada aksi final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam.

Beliau berkata, ia bukan hanya memalukan rakyat dan negeri Kedah secara keseluruhan, malah perasaan malu turut dirasai oleh skuad Lang Merah yang bertempur habis-habisan dengan JDT pada malam itu.

"Saya rasa amat sedih dan malu. Bukan sebab football Kedah tak dapat Juara, sebab orang Kedah “Anak Kedah” tak jaga air muka sebagai Kedahan, dan tidak sayang Kedah, KFA football team Kedah pun rasa malu .

"Tak patut boo MB Kedah, selagi dia pegang jawatan ini, he is carry image of Kedah State . U all buat macam tu sendiri burukkan Negeri sendiri, kalau tak suka tukar ic jangan buh 02 dekat ic.

"Saya tak kisah u suka atau tak suka MB , jangan bawa politic dalam stadium football, tolong lah jaga air muka football Kedah.

"Kalau u all tak suka , don’t add my FB . Jangan tunjuk u all sayangkan all the football players, u all dah hapuskan image mereka . This is my way , berani kerana benar. Orang yang tak suka jangan tengok," tulisnya di laman Facebooknya.



Kedahnews.com sebelum ini berjaya menghubungi Marcote secara peribadi dan bekas penolong jurulatih kepada Tan Cheng Hoe itu telah menyatakan kesediaannya menhadapi cabaran bersama Lang Merah.

Menurutnya yang kini berada di Madrid, Sepanyol itu, beliau sedia berbincang mengenai kontrak dari Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) sekiranya ditawarkan.

Marcote baru-baru ini mendominasi majoriti lebih 85% peratus berbanding bekas Ketua Jurulatih Johor Darul Takzim, Mario Gomez dalam undian penyokong Lang Merah  yang dianjurkan Kedahnews.com untuk membimbing skuad Kedah, baru-baru ini.

 Marcote sebelum ini berjaya membawa skuad Lang Merah melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2015 sebelum bekas Ketua Jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe pulang dari kursus kejurulatihan di luar negara.

Walau bagaimanapun, Cheng Hoe mengambil alih kemudi pasukan Kedah sekembalinya dari kursus menyaksikan Kedah tewas di tangan skuad Selangor dengan jaringan 0-2 dan hanya berpuas hati sebagai Naib Juara musim tersebut.

Cheng Hoe yang teruk dikritik peminat Lang Merah ketika itu walau bagaimanapun telah berjaya membawa Kedah sekali lagi ke perlawanan akhir dan mencetus sejarah membawa pulang Piala Malaysia 2016 ke negeri Kedah kemudiannya.

Meninggalkan Kedah selepas melakar kejayaan tersebut telah menyaksikan Nidzam Adzha yang sebelum itu berjawatan penolong jurulatih telah diangkat sebagai Ketua Jurulatih menggantikan Cheng Hoe dan turut berjaya membawa Kedah ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2017.

Nidzam pula baru-baru ini menyatakan kesediaannya untuk kembali menjadi penolong jurulatih Kedah dan mengharapkan KFA mendapatkan Ketua Jurulatih yang lebih berpengalaman berbanding dirinya. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com