200 Kanak-Kanak Di Kulim Masuk Jawi Cuti Sekolah




ALOR SETAR -  Seramai 200 kanak-kanak berusia enam sehingga 12 tahun menyertai Program Berkhatan Perdana Parlimen Kulim/Bandar Baharu yang membabitkan dua Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Kulim dan Bandar Baharu bermula Ahad hingga Isnin.

Menurut Ahli Parlimen Kulim/Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir berkata, setiap DUN disertai 100 peserta yang diadakan di Dewan Kampung Lindungan Raja, Mukim Sedim dan Dewan Keda Sungai Buluh, Mukim Sungai Batu.

“Program berkhatan itu adalah acara tahunan yang mana setiap tahun diadakan bagi meringankan bebanan keluarga menampung kos berkhatan yang agak tinggi.

“Program ini mampu mengeratkan hubungan antara pemimpin setempat dan penduduk,” katanya  yang dipetik dari MyMetro.

Beliau berucap ketika majlis perasmian Berkhatan Perdana Parlimen Kulim/Bandar Baharu, di Dewan Kampung Lindungan Raja, Mukim Sedim, kelmarin.

Turut hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kulim, Chua Teong Ghee dan pemimpin setempat.

Bagi salah seorang peserta berkhatan, Mior Adam Kushairi Mior Ahmad Sarifudin berusia lapan tahun mengatakan bahawa dia tidak berasa gentar untuk dikhatankan kerana dia ingin menjadi orang dewasa.

Bapanya Mior Ahmad Sarifudin Jamaludin,32, berkata, anaknya itu tidak berasa takut, malah seronok untuk menyertai program ini bersama dengan rakan lain.

“Beberapa hari sebelum program ini saya ada bertanya kepada anak sama ada ingin berkhatan atau tidak pada tahun ini serta menerangkan mengenai berkhatan serta usianya yang sudah sesuai.

“Namun, jawapan diterima daripada anak adalah dia tidak takut dan tidak sabar untuk menyertai program ini bersama dengan rakan kampung, serta ingin menjadi orang dewasa,” ujarnya. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com